Access your academic information and resources
21 Jul 2026, 10:17 AM
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Kepada semua pelajar program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa.
Adalah dimaklumkan bahawa pemindahan kelas adalah bagi memberi laluan kepada Persediaan dan Hari Pengambilan Jubah untuk Majlis Istiadat Konvokesyen UIS Kali Ke-29 Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2026 (Rabu) hingga 13 Ogos 2026 (Khamis).
Sehubungan itu, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dipindahkan ke lokasi berikut:
Tarikh Tutup : 27 Julai 2026 (Isnin) hingga 31 Julai 2026 (Jumaat)
Lokasi Kelas Asal : Dewan Kuliah Yusof Sahabuddin
Lokasi Kelas Baharu : Auditorium Mohd Adanan Isman
Lokasi Kelas Asal : Dewan Kuliah Ghazali Abdullah
Lokasi Kelas Baharu : Auditorium Dr. Zainudin Jaffar
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Dewan Kuliah Yusof Sahabuddin dan Dewan Kuliah Ghazali Abdullah akan dijalankan semula bermula pada 3 Ogos 2026 (Isnin).
Sekian, terima kasih.
17 Jul 2026, 04:45 PM
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa.
Adalah dimaklumkan, E-jadual (Jadual Waktu Kuliah) Sesi I Tahun Akademik 2026/2027 Versi 3.0 (Siang dan Malam) - terkini dan muktamad boleh diakses di pautan berikut: https://timetable.uis.edu.my/
Rujukan kod id sesi pelajar diploma dan ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) ialah 1261.
Sekian, harap maklum.
22 Jun 2026, 12:37 PM
Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Selamat Sejahtera,
2. Sukacita dimaklumkan, pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2026 bagi Pusat Ujian MB3024 (UIS) telah dibuka untuk pendaftaran.
Tarikh pendaftaran: 17 Jun 2026 (Rabu) hingga 17 Julai 2026 (Jumaat) atau sehingga kapasiti dipenuhi.
Terhad untuk 200 calon sahaja.
Pendaftaran MUET Session 3 Year 2026: Klik di sini
3. Tarikh Peperiksaan bagi Sesi 3 Tahun 2026 adalah seperti yang telah dijadualkan seperti berikut:
4. Bersama-sama ini dilampirkan poster Pendaftaran MUET Sesi 3 Tahun 2026 untuk rujukan dan hebahan kepada pelajar-pelajar.
5. Pihak Saudara/Saudari boleh berhubung terus dengan Puan Siti Zulaiha (sambungan 3318) atau Cik Nur Aina (sambungan 1206) untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan.
Perhatian dan kerjasama pihak Saudara/Saudari berkaitan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Nice to see you! Please log in with your account.